JUN 2022

PBB Pinda Perlembagaan Parti, Tubuh Sayap Belia PBB Berumur 18-28


KUCHING, 19 Jun 2022 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg berkata sayap belia itu akan menjadi platform untuk melatih mereka yang berumur 18 tahun mengenali selok belok berpolitik secara rasional.

Ketika mengadakan sidang media petang ini tadi, beliau menjelaskan bahawa ia mendidik belia secara sistematik untuk melihat bagaimana pembangunan berjalan dari masa ke semasa.

“Ini akan memberi pengalaman yang luas kepada mereka di bawah kategori sayap belia. Apabila mereka berumur 28 tahun, mereka sudah mempunyai latar belakang berpolitik secara berhemah dan akan memasuki sayap Pemuda ataupun Wanita.

“Apabila mereka di tahap Pemuda, sudah tentu mereka mempunyai pengalaman yang luas dari sudut selok belok politik dan sebagai platform untuk mereka menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan juga pembangunan negeri serta negara.”

Di samping itu, sayap khas untuk anak muda Sarawak untuk menyumbang khidmat bakti pada Ibu pertiwi dan meremajakan parti PBB. 

Ini merupakan wadah terbaik anak muda Sarawak untuk terus menabur bakti sekali gus melalui grooming process serta memangkin kepimpinan muda di peringkat tertinggi Sarawak dan merupakan hasrat serta aspirasi Presiden PBB agar terus kekal relevan dan dekat bersama anak muda.

Sumber dari : Sarawakku